Tuesday, November 22, 2011

Wasiat Sang Rama-rama

Assalammualaikum hamba-hamba yang Allah sayangi.
Hamba-hamba Allah yang pabila tercelup noda,sujud mengharap ampunan Allah.
Hamba-hamba yang tidak marah malah sabar bila Allah adakan cubaan dan ujian.
Hamba-hamba yang bersyukur kerana Allah telah sediakan bekalan-bekalan yang banyak.
Allah berikan yang lebih baik...ALLAHU AKBAR.

Ini wasiat Rama-rama...Baca ye..

"Walaupun dulu-dulu saya masih dalam kepompong
Saya selalu meronta-ronta nak keluar...tapi tak dapat.....
Saya tetap lagi nak cuba...kadang-kadang saya putus asa....selalu putus asa...
Namun terasa angin yang mengoncang kepompong saya setiap hari,beri saya semangat...
Saya nak rasa angin tu betul-betul,nak redah angin-angin tu dengan sayap baru saya....
Saya tak nak kalah....
Lama-lama........

saya keluar jugak......Lambat....Tapi tak apa.....
Yang penting saya dah tak kat dalam kepompong tu kan..kan?
Saya keluar...........Tapi...Saya tak macam yang lain...
Saya tak cantik....Tapi saya dah ada kepak...Saya dah boleh terbang dahhh....
Tak apa,nanti saya mesti akan jadi macam rama-rama yang lain...
Yang bestnya,saya dah tak kat dalam kepompong lagi..walaupun tak sesempurna rama-rama lain.

Saya terbang......
Saya cari-cari........saya nampak ramai yang cantik-cantik...
Ramai.........sikit yang sembunyi-sembunyi..
Dekat bunga-bunga.....eh..rupanya ada rama-rama lain jugak...
Rama-rama ni pandai sorok-sorok....walaupun cantik,dia tak suka tunjuk-tunjuk...
Saya selalu nak jadi macam rama-rama tu..

 Saya terbang dan terbang lagi......
saya yang dulunya sorang-sorang...sepi...


Sekarang,saya jumpa ramai.......mereka pun nak jadi macam rama-rama yang cantik ..
yang pandai menyorok...
Liqo' Ukhuwwah.....saya dan rama-rama yang ramai tu....selalu ada untuk satu sama lain..
Kami sayang KITA
KITA yang macamni lah....

Bila saya terbang lagi............Saya nampak...Rama-rama lain..
Sepasang..dua..banyak....



Saya teringin....nak sangat...
Saya yakin...nanti-nanti mesti ada..
Bila ada...saya nak janji......dekat dia,

Bila dia gembira,saya akan ada

Bila dia sedih..lemah....Saya akan ada kat belakang dia...
Saya nak bagi dia semangat....
Bila dia kata,dia nak pergi jauh,..........
nak berjuang untuk Tuan dia......saya akan lepaskan..
Saya nak jadi sayap kiri perjuangan dia...

Mungkin dia tak sempurna..tak ada apa-apa....yang penting hati dia putih.
agama Tuannya selalu dia sanjung..
Dia ikut sunnatullah,usaha untuk perbaiki kepaknya
 yang kadang-kadang jadi rapuh sebab angin-angin,sebab rama-rama lain....
saya pula...lebih lagi tidak....Saya nak dia dan saya sama-sama baiki kepak kita.
Saya pasti akan ada untuk dia...
Saya nak dia dan saya saling melengkapi

Saya nak jadi lutsinar untuk dia....
Biar dia dapat nampak dunia-dunia sebelah..
Dunia yang saya pernah ada di dalamnya.

Kadang-kadang..dia tak sama dengan saya...
saya akan usaha.....biar perlu kepak saya dicat.

Masa dia dalam gelap...saya akan jadi yang menerangi.

Yang penting,cinta Tuan dia yang menyebabkan dia cinta saya





Kepompong......Terima Kasih tau,awak dah lindungi saya.....saya belajar banyak dari awak...
Walaupun awak sangat susah saya lepasi,tapi awak ada Tuan kan,Dia memang nak awak ajar saya erti susah..erti sabar..erti nak bertahan dalam dunia luar nanti kan....

Untuk Angin,awak dah tak boleh ganggu saya dah..
Saya dah boleh lawan awak..Tapi...awak pun ada Tuan kan?
 bukan saja-saja nak goncang saya kan...Awak pun nak ajar saya...
nak saya jadi lebih kuat untuk yang lain.Kan? Saya tahu..

dia,.awak tak tahu pun saya kan...
saya pun tak tahu dia.
nanti dia jaga saya kan....
sebab dia je yang Halal untuk saya..
sebab tu saya akan janji sayang kat dia.

Cakap kat Tuan kepada kepompong,Tuan kepada angin,Tuan kepada dia...Terima Kasih.....
Saya marah,kecewa bila....
Dia tak bagi pun apa yang saya nak,.

Tapi..Dia bagi apa yang saya perlukan...
Sweeeetttt sangatt......
=)

Tuan mereka Tuan saya jugak......
Saya..kita...hamba je kan...

Alhamdulillah..Terima Kasih Allah."


 ALLAHU AKBAR


Thursday, November 17, 2011

UNIMAS SEM 1 ~MISSION ACCOMPLISHED~ =)

 ='( ........................... =).................. 0,0........... O,o
PICTURE TELLS THOUSANDS TALES

THANK YOU ALLAH
THANK YOU MAK....ABAH....
Thank You Kak Yong..Kak Ani...Kak Ain...Mohd Haslami
Thank You Kak Aishah.....Tanah-tanah sayangs sekalian....=)
THANK YOU FRIENDS..
Lil' lil' things made up a whole perfect story...
Make for me another and another and another Ya Allah
GIVE ME STRENGTH
I WILL BE MORE PATIENT,STRONGER THAN BEFORE,STRIVE MORE.
ENDLESS LOVEsss FOR ALL......heheeeeeeee

Friday, November 04, 2011

Mimosa Pudica

             
Do not Maim your Iman,Cover Yourself.

Tudung....Yang mana pilihan hati?
a)Shawl
b)Pashmina
c)Hana Tajima
d)Yuna

??? Yang penting.,ikut syarak.
Cover everything that Allah ask you to,simpan untuk yang Dia halalkan..(^.^)v
tudung hati
tudung percakapan
tudung perbuatan

***tudung makanan(ada lalat,langau)
                         
"Jom Beriman Sejenak " 2jenak,3jenak..jenak-jenak..(amaran!!! jangan ikut tatabahasa nii =))

Mimosa Pudica , 'Touch Me Not' , Semalu
Allah tidak ciptakan sesuatu melainkan ianya pasti akan berikan manfaat kepada kita hambaNya.

---Something to ponder---

Jom Taqarrub,dekat dengan Allah.


MALU adalah sifat terpuji kerana sesiapa yang memilikinya akan terlepas daripada segala kejahatan disebabkan sifat malu menghalang seseorang melakukan kesalahan serta kemungkaran.
Malu juga akan meninggikan darjat keimanan seseorang seperti sabda Rasulullah SAW bermaksud:
“Sifat malu itu akan menghasilkan kebaikan.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Kesimpulan yang boleh dibuat apabila melihat kemungkaran seperti rasuah dan pergaulan bebas ialah mereka sudah hilang sifat malu kerana tergamak melakukan perbuatan dilarang Allah.
Hilang malu menjadikan seseorang melakukan maksiat sesuka hati seperti dijelaskan sabda Rasulullah SAW bermaksud:
“Jika engkau tidak rasa malu, perbuatlah apa saja yang engkau mahu.” (Hadis riwayat Abu Daud dan Bukhari)
Perasaan tidak takut dosa atau azab Allah hanya ada pada mereka yang kering rasa malu dalam jiwa untuk melakukan dosa, malah tidak menghiraukan pandangan orang lain.

Mereka yang mempunyai rasa malu termasuk golongan orang beriman kerana malu sebahagian tanda iman seperti dijelaskan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Sesungguhnya malu dan keimanan saling berkait, jika salah satunya dikeluarkan yang satu lagi juga akan hilang serentak.” (Hadis riwayat Baihaqi) Diriwayatkan ketika Rasulullah SAW melewati seorang Ansar yang sedang menasihati saudaranya mengenai rasa malu, maka Baginda SAW bersabda yang bermaksud: “Biarlah ia memiliki rasa malu kerana malu itu termasuk dalam keimanan.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Sesungguhnya dengan wujudnya rasa malu, seseorang tidak tergamak melakukan hal yang ditegah Islam seperti dinyatakan pendakwah, Amru Khalid dari Mesir dalam tulisannya Akhlaq al-Mukmin:
 “Jiwa (diri) tidak mampu untuk melakukan perbuatan jelek atau sesuatu yang tidak baik. Diri tidak kuat untuk melakukannya. Seorang pemalu tidak sanggup melihat dirinya terhina di hadapan Allah, di hadapan manusia atau di hadapan diri sendiri.”
Rasulullah SAW menghuraikan dengan jelas mengenai malu kepada Allah melalui sabda Baginda yang bermaksud:
“Milikilah rasa malu kepada Allah dengan sebenar-benarnya. Kami (sahabat) berkata: Wahai Rasulullah, sesungguhnya Alhamdulillah kami sudah memiliki rasa malu. Rasulullah bersabda: Bukan sekadar itu, tetapi barang siapa yang malu kepada dengan sesungguhnya, hendaknya menjaga kepalanya dan apa yang ada di dalamnya (mata, telinga, lidah, mulut dan muka), hendaklah ia menjaga perut dan apa yang didalamnya, hendaknya ia mengingat mati dan hari kehancuran. Siapa menginginkan akhirat ia akan meninggalkan hiasan dunia. Siapa yang mengerjakan itu semua bererti sudah malu kepada Allah dengan sesungguhnya.” (Hadis riwayat Imam Ahmad)
Sebagai insan yang dimuliakan Allah, kita perlu selalu memelihara maruah diri dengan rasa malu. Apabila tindakan bijak diambil, terhindar daripada mencipta dosa sama ada secara zahir atau batin. Apabila diri sudah tidak tahu malu, maka pasti akan dipandang hina, jijik, tidak berharga serta dibenci masyarakat.
Ingatlah sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah jika ingin menghancurkan seseorang, Ia akan mencabut rasa malu dari dirinya. Apabila rasa malu itu dicabut (daripadanya), maka engkau akan menemuinya sebagai seorang yang dibenci dan menjijikkan.” (Hadis riwayat Ibn Majah)
source:http://nurjeehan.hadithuna.com/2009/01/malu-penghalang-terjebak-perbuatan-mungkar/



Malu jadi So True, So Great..bilamana malu diletakkan sesuai ditempatnya.

Jangan malu nak lakukan kebaikan
Jangan malu nak beribadah
Jangan malu untuk hijrah,untuk belajar lagi tentang islam.
-kena betul pada niat,pada tempat,pada sahabat-

 p/s nak ilmu,kena dengan cara yang betul,Jaga ikhtilat,elak maksiat. =)
REMINDER FOR ME and you.....